Majlis Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin .. Congrattsssss ! ^^
Sunday, 2 June 2013 ✿ 00:47 ✿ 0 Royal Person (s)
Pernikahan Izzue Islam dan Awin Nurin pada 2 Jun 2013
Selepas menjalin hubungan cinta sejak lima tahun lalu, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin yang juga pengurusnya pada Ahad 2 Jun jam 9.45 pagi
Mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Awin di Dewan Shah Alam
Mengenai sekitar majlis pernikahan tersebut, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM 11,111.11
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung
Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N’dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan ‘Indoor Garden’
Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat
mesti perempuan kat luar sana yang minat izzue islam jealous kan .. Haha xD *evillaugh* dh tkde nye patah seribu .. patah berbillion billion tu banyakk leww .. anyway , congrats izzue islam and awin :)
#selamat aqu tak minat izzue islam .. kalau takk .. ishh ! tk nk lah fikir -,-