Tips Buang Jerawat Dalam Tong Sampah
Hoho. Rasanya ini kali pertama firza bagi tips dalam kategori penjagaan kecantikan muka eheh. Tips firza ni simple je, sape-sape pun takde masalah nak amalkannya. Tak perlu keluarkan duit, lagi simpan duit ada la hehe.cara nya ialah .. pergi dapur , ambik pisau .. toreh jerawat , keluarkan . buang dalam tong sampah ,.. itu je .. k la bye :)
eh eh ! tak lah ! firza gurau je tadi .. kau jangan kang tak pasal2 parents korang report polis .. hoho :O
Jangan Garu Muka
Ini petua daripada nenek saudara firza. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata nenek saudara aku yang comel eheh.
Cara berkesan hilangkan jerawat
Mula-mula, selalulah membersihkan muka korang dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair.
Lepas tu, sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka korang macam pakai bedak sejuk. Kalau tak tahu apa kebenda bedak sejuk tu, sila lahh google ye! Kalau boleh, amalkan setiap malam sehingga jerawat dah takde kat muka sebab selalunya aku sendiri buat dua tiga kali terus stop. Bukan apa, mula – mula aje bersungguhnya lepas tu bedak entah ke mana, muka pun dah jadi macam kuali. Sudahnya bila dah tua bangka baru nak menyesal tak menjaga kulit muka. Wuwuwuuu.
Bila dah bangun pagi tu, cuci muka korang dengan air suam. Ada jugak yang mengamalkan cara sapu bawang putih kat tempat berjerawat tapi keberkesanannya firza tak pasti. Selamat mencuba!
Petua Lain (Menggunakan Timun)
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh.insyaallah . Suka firza nak maklumkan, dengan tips-tips ni korang dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja ? //not sure . Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor.