" /> Sleeping beauty

Home site Me Linkies STUFFS
Tips Menjaga Rambut
Monday, 3 June 2013 ✿ 02:59 ✿ 0 Royal Person (s)
Tumblr_m0bj9rjxvd1qf8lauo1_500_large

Hari ini firza nak membincangkan serba sedikit tentang RAMBUT. Ah haa… siapa yang rasa susah sangat nak jaga rambut, angkat tangan!  HIHI . Sebenarnya, semua gadis nak  memiliki rambut yang cantik, sihat dan bersinar, betul tak? Takleh dinafikan yang rambut ni adalah mahkota wanita. Kita digalakkan untuk menjaga serta menguruskan rambut dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku pada rambut dan kulit kepala .

     Korang mesti digalakkan untuk membuat rawatan atau treatment rambut. Tetapi kos rawatan rambut agak mahal sebenarnya. Kalau nak menjimatkan wang, apa kata you all try simple tips di bawah ini yang boleh dilakukan sendiri di rumah:





1.   Sebaik-baiknya semasa menyikat rambut, gunakan sikat bergigi jarang untuk  mengelakkan keguguran rambut yang banyak


2.  Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tapi jgn sapu perapi pada kulit kepala pulak kerana ia akan menyebabkannya berminyak

3.  Gunakan pelembap di dalam syampu atau pelembap semulajadi seperti pati santan. Selain itu amalkan meminum air masak secukupnya dan memakan buah-buahan yang banyak


4.  Jangan menyikat rambut ketika basah. Sebaik-baiknya tunggu lebih kurang 10-15 minit selepas mandi. Memadailah dengan hanya menyisir rambut dengan lembut dulu menggunakan jari-jemari


5.  Elakkan stress kerana stress yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan pada rambut seperti menyebabkan rambut mudah rosak atau putus. Anda boleh mengelakkan stress dengan malakukan aktiviti senaman secara berkala

Tumblr_m0hp404ass1qbg5hlo1_500_large

6.  Elakkan daripada mengerintingkan atau meluruskan rambut dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mudah gugur


7.  Gunakan syampu yang kaya dengan kolagen, protein dan lipid jika rambut anda kering


8.  Elakkan daripada mewarna, ‘rebonding’ atau ‘perm’ rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut asli anda rosak jika tak dilakukan secara profesional


9.  Potong atau ‘trim’ rambut kira-kira 2 bulan sekali untuk mengelakkan hujung rambut bercabang


10.  Menukar style rambut dengan kerap juga boleh menyebabkan rambut kering dan cepat rosak


11.  Jangan terus memakai tudung jika rambut basah kerana ia mungkin menyebabkan rambut ‘berbuah’. Sebaliknya biarkan ia kering seketika


12.  Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa //seelok-eloknya guna kelapa tua pada kulit kepala dan biarkan ia selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali





P/s : Harap korang mendapat faedah daripada artikel di atas. 


Dashboard Follow

Little Disclaimer;



Assalamualaikum and hello :) . i am Firza natashah who lives in a jungle .. EH? haha xD I'm not arrogant but friendly .. not selfish but generous ... do not like the people who love the rude and arrogant and selfish and talkative and ... and whatever .. so if you feel you are the person I'm talking about .. please change your behavior .. thats all .. so simple like ABC .. btw, let's follow memfollow

Borak-borak;


Thank u;
Skin edit by Adsa Adam
Basecodes by Jaja
Others ; xx
skin edited by : your name